|
Assalamualaikum w.b.k...lama rasa nya saya tidak mengirimkan sebarang pandangan. Dalam blog ni... maklumla.. kerjaya sbg guru ni..memang sibuk. Bercerita tentang arus dunia muzik mutakhir ini, seperti yg kita sedia maklum industri muzik di negara kita banyak dilambakkan dgn muzik-muzik yang ntah apa2 genre nya. kalau dahulu di era 90 an muzik rock menjadi kegilaan remaja diikuti trash, metal, rap, hip-hop dan sekarang grunge(spesis dengan rock atau trash). Dalam banyak-banyak rentak muzik, saya begitu kagum dengan pendokong muzik nasyid. dari dulu iaitu era kumpulan al-suraya, al-jawaher(70-an) sehingga sekarang tetap hidup dan terus berkembang. Kalau dulu irama nasyid hanya diiringi dengan paluan kompang dan alat-alat perkusi, tapi sekarang irama nasyid banyak menerima perubahan dengan bentuk dan gaya yang lebih komersil untuk di hidangkan kepada semua lapisan pendengar. walaupun begitu ia tetap tidak lari dari konsep dakwah yang hendak disampaikan iaitu amar maaruf nahi mungkar. Lewat 90-an iaitu sekitar 1996-1998 telah berlaku nya revolusi dalam industri nasyid di Malaysia. Dengan kemunculan kumpulan Raihan dengan album Puji-pujian dan di ikuti kumpulan Hijjaz dan Rabbani(semua kumpulan ini adalah serpihan Al-Arqam), masyarakat telah menerima nasyid sebagai satu wadah dalam memilih hiburan yang selari dengan kehendak Syarak. Saya masih ingat lagi ketika nasyid menerima perubahan (perubahan yang di cetuskan oleh kumpulan Rabbani dengan memasukkan genre Rap-melalui album Pergi Tak Kembali) pelbagai pandangan dan kritikan yg didengari di sana- sini. satu saja yang kita perlu sedar muzik adalah fitrah manusia, manusia suka pada bunyi-bunyian. tak kira apa pun kita sebagai umat islam sebenarnya wajib untuk memilih hiburan yang islamik kerana hiburan islami dpt memelihara jiwa dan akidah kita serta mengajak kita untuk kembali pada Yang Maha Pencipta. Wallahu a'lam. NASYIDFM MEMANG BEST!! LAYARI WWW.NASYIDFM.NET
|
| f_24434 January 17, 2009 11:39 PM PST Salam kak yati.. anda di tag.. hehehee!!~ sile lawati blog sy!~ :P | ||
| pena pedang May 9, 2008 04:36 PM PDT Amat amat menyedihkan bagi orang melayu kerana kebanyakan yang bekerja sebagai golongan bawahan adalah orang melayu kita.Jika kita lihat bangsa lain seperti cina,mereka jarang sekali menerima tawaran pekerjaan gaji RM1500 kebawah.Jangan kata berpuluh ribu melayu,malah sekarang ini sudah mencecah beratus ribu dan berjuta orang melayu yang bekerja di bawah paras gaji sepatutnya,apatah lagi di kala ini nilai kos sara hidup yang sedang meningkat.Bayangkan tuntutan RM900 itu sebenarnya pun tidak memadai untuk gaji bulanan bagi kos sara hidup dibandar,ditambah pula dgn segala bayaran,sewa rumah,kereta,pasar,minyak,tol,belanja anak anak menjadikan amat membebankan. Kita melihat pada sesuatu yang tidak kena pada hari ini,jika sesebuah syarikat dapat mengapungkan berpuluh juta nilai saham syarikat mereka di bursa saham kuala lumpur,apalah sangat bagi mereka untuk memberikan gaji minimun RM900,yang lebih menyedihkan lagi,hampir semua pekerja bawahan adalah orang melayu,jadi bila jawapan Datuk Noraini yg menyatakan waktu yg tidak sesuai,adalah tidak relevan,kerana kita sebagai melayu sudah memberikan umno yg memperjuangkan melayu masa selama lima puluh tahun,adakah masa lima puluh tahun itu masih tidak sesuai untuk menaikkan martabat orang melayu di bawah,hingga ada diantara mereka bekerja berbelas dan berpuluh tahun,tetapi gaji di bawah paras Rm1500 sedangkan bangsa lain seperti bangsa cina bermula terus pada RM1500 keatas,betapa jauhnya beza antara bumiputra melayu dengan bangsa lain. Jika benarlah sesuatu parti seperti umno yang menyatakan memperjuangkan melayu untuk memartabatkan melayu,sudah lama di ulang sudah lama pelbagai akta dan undang undang di cipta untuk menjadikan melayu di bawah ini tidak tertindas malah mungkin skrg ini melayu menjadi tuan punya ekonomi bukan di pegang oleh bangsa lain seperti skrg ini.Kenapa tidak umno yg meminpin pusat melalui BN,membuat satu undang undang supaya setiap tiga atau empat tahun,semua syarikat di Malaysia memajibkan untuk menaikkan pangkat dan gaji bagi orang melayu,kerana skrg ini jika 10 org dinaikkan pangkat,7 atau 8 orang dari bangsa lain hanya dua orang sahaja dari bangsa melayu.Tambah menyedihkan ada juga syarikat kepunyaan orang melayu melakukan perkara sebegitu kerana bagi mereka,mereka hanya ingin mengambil hati orang bukan melayu yang menunjukkan mereka prihatin pada masyarakat berbilang bangsa tapi dalam masa yang sama jika mereka lakukan sebegitu,lihat sahaja bukti akibat perbuatan mereka,melayu di bawah betapa ramai terjelepok kebumi,melihat mereka di pijak oleh bangsa lain,dan bangsa lain ini skrg memegang ekonomi.Apa guna bumiputra bangsa yang paling ramai,jika semuanya menjadi hamba di negara sendiri. | ||
| abu bakar April 1, 2008 11:30 PM PDT perlu buka minda dan lihat bukti fikir dan berhujah .lihat apa yang telah dibuat oleh mereka untuk rakyat | ||
| Leave a Comment: |