Entry: Perbandingan di antara corak Sains Barat dengan corak Sains Islam Thursday, July 19, 2007



Perbandingan di antara corak Sains Barat dengan corak Sains Islam
21 September 2004

Bagi saintis barat, walaupun sains bersifat sejagat, hasilnya ialah untuk orang yang mampu membayar.  



  1. Barat : Mengimani rasionalisme


    Islam : Mengimani wahyu




  1. Barat : Sains untuk sains


    Islam : Sains hanyalah sebagai alat untuk mencari keredaan Allah; satu bentuk pengabdian yang ada fungsi rohani dan sosialnya.




  1. Barat : Hanya terdapat satu kaedah untuk mengetahui kebenaran.(empirikal)


    Islam : Terdapat banyak kaedah yang berasaskan kepada penaakulan dan juga wahyu baik objektif ataupun subjektif. Semuanya sah.




  1. Barat : Sikap bebas emosi sebagai kunci mencapai kerasionalan.


    Islam : Emosi perlu untuk meningkatkan pengetahuan sains dari segi rohani dan sosial.




  1. Barat : Tidak memihak (neutral) seorang ahli sains seharusnya meminati ciptaan ilmu baru dan natijah penggunaannya. .


    Islam : Memihak kepada kebenaran; jika sains suatu bentuk pengabdian, ahli sains mesti mengambil kira akibat-akibat yang timbul daripada penemuan-penemuannya. Ibadat ialah amalan dan natijahnya mestilah sesuatu yang baik. Jika tidak, ahli sains hanyalah agen yang tidak bermoral.




  1. Barat : Ketiadaan sikap berat sebelah. Pengesahan pernyataan sains hanya bergantung pada operasi-operasi pembuktiannya, dan tidak pada orang yang membuatnya.


    Islam : Adanya subjektiviti; arah sains adalah subjektif. Pengesahan pernyataan bergantung kepada operasi pembuktian niat dan juga pandangan hidup sendiri. Pengakuan adanya subjektiviti memaksa ahli-ahli sains mengaku kelemahan-kelemahan mereka.




  1. Barat : Menangguhkan pemutusan – Kenyataan sains dibuat hanya berdasarkan asas bukti yang meyakinkan.


    Islam : Latihan pemutusan – kenyataan sains selalu dibuat dengan bukti yang tidak meyakinkan; ahli sains seharusnya boleh membuat keputusan bila berhadapan dengan bukti yang tidak meyakinkan; apabila sampai masa yang bukti meyakinkan telah dikumpulkan, mungkin terlalu lewat untuk melakukan sesuatu tentang akibat-akibat yang telah merosakkan itu.




  1. Barat : Penurunan cara yang dominan untuk mencapai kemajuan sains.


    Islam : Sintesis sebagai cara dominan untuk mencapai kemajuan sains. Ini meliputi sintesis sains dan sistem nilai.




  1. Barat : Pemecahan – Sains sebagai aktiviti yang kompleks. Oleh itu dapat dipecah-pecahkan kepada disiplin-disiplin, sub-disiplin dan sub-sub disiplin.


    Islam : Holistik – Aktiviti sains terlalu kompleks untuk diceraikan dan diasingkan kepada bahagian yang kecil. Sains adalah interdisiplin, Intradisiplin dan holistik.




  1. Barat : Global – walaupun sains bersifat sejagat, hasilnya ialah untuk orang yang mampu membayar. Dengan itu rahsia dibolehkan.


    Islam : Global – hasil kajian sains untuk seluruh manusia. Pengetahuan serta kebijaksanaan tidak dapat dijadikan sebagai barang pertukaran atau jual beli, merahsiakannya dianggap buruk dan tidak bermoral.




  1. Barat : Individualisme – Ahli sains seharusnya memisahkan diri mereka daripada keprihatinan mereka tentang sosial, politik dan ideologi.


    Islam : Orientasi masyarakat: melakukan sains adalah tanggungjawab sosial (fardu kifayah), kedua-dua ahli sains dan masyarakat mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain dan saling bergantung.




  1. Barat : Sains tidak baik tetapi tidak juga buruk (neutral)


    Islam : Orientasi nilai sains seperti kebanyakan aktiviti manusia, mempunyai nilai, ia mungkin baik ataupun patut dipuji, sains perang saraf umpamanya adalah satu yang keji.




  1. Barat : Setia bersama kumpulan: hasil pengetahuan baru daripada kajian adalah yang terpenting daripada aktiviti-aktiviti lain dan patut diberikan sokongan penuh.


    Islam : Kesetiaan hanya kepada Tuhan dan makhluknya – pengetahuan sains yang baru adalah satu jalan memahami “tanda-tanda” kewujudan Tuhan dan seterusnya meningkatkan taraf ciptaan-ciptaannya – manusia, binatang dan sekitaran. Tuhanlah yang mencipta sains, sebab itu ia mesti disokong seperti aktiviti-aktiviti umum bukan hanya aktiviti golongan atasan.




  1. Barat : Kebebasan penuh – kesemua usaha untuk mengawal penyelidikan sains perlu ditentang


    Islam : Pengurusan sains – Sains merupakan satu sumber yang tidak ternilai harganya. Oleh itu janganlah disia-siakan dan membiarkannya membawa kejahatan dan keburukan secara langsung, ia mesti diurus dan dirancang dengan teliti serta haruslah dijadikan sebagai subjek etika dan moral.




  1. Barat : Matlamat menghalalkan cara; disebabkan penyelidikan sains itu merupakan sesuatu yang baik dan penting untuk kesejahteraan manusia, semua kaedahnya termasuk penggunaan haiwan hidup, manusia dan janin bayi dibenarkan.


    Islam : Matlamat tidak menghalalkan cara; tidak ada keistimewaan di antara matlamat dan kaedah sains. Kedua-duanya seharusnya halal dan mesti di dalam batas-batas etika dan akhlak.


Dipetik daripada: Apa itu Ilmu Sains

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments