
Biodata: Noor Hayati Bt. Muhammad
Profesyen: Guru
Sekolah Pertama Bertugas:
Sekolah Kebangsaan Sri Amar, Johor Bahru.
Sekolah Sekarang:
S K Bukit Mutiara
Taraf Pendidikan: SPM(1998) SMK Labu N.Sembilan, Diploma
Perguruan Malaysia(SNKT 2002-2004)Maktab Perguruan Perempuan MelayuMelaka.
|
 |
Tuesday, July 17, 2007
Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?
Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS,TV..jadi kami rasa terpinggir
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis...entah ar
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti
Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya liha mereka buat tuan gembira..
Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali
Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..
Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..
Iman : Alhamdulillah..kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi
Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan akamu ya?
Iman : Alhamdulillah.Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..
****** Sekadar analogi mudah..Begitulah diri kita..Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana anatara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu..Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir
***** Oooh, iman kembalilah kepadaku hadirmu sekejap cuma Aku terlalu merinduimu... ='(
"Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita.Memandu manusia kepada hidayah yang menerangkannya. Bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas. Berusahalah utk menggerakkan org yang berdiam diri,agar sama-sama melangkah dan terus melangkah....For Allah always be there for us~!"
Posted at 02:33 pm by noorhayati
apa-apa aje
Tuesday, June 26, 2007
mendidik anak mempunyai rasa bertuhan...
Anak: "Mak, siapakah yang menjadikan kita?
Mak: " Tuhan yang menjadikan kita, binatang dan segala isi alam ini.
Anak: "Tapi kenapa kita tak nampak tuhan? Tuhan kat mana?
Mak: "kita memang tak nampak Tuhan. Tapi Dia sentiasa ada....
Anak: "Kenapa kita nak sembah benda yang kita tak nampak?
Maka si Emak pun terdiam. lalu tefikirkan satu idea untuk menjawab soalan si Anak.
Mak: "Begini, Tuhan Yang maha Mencipta sudah tentu tidak sama sifat dengan makhluk yang dicipta-Nya. kita boleh nampak benda2 lain seperti binatang, langit, matahari dan sebagainya.... kerana semua itu adalah ciptaan-Nya. Tuhan kita tidak boleh nampak kerana Dia adalah Pencipta. sudah tentu tidak sama dengan kita. contoh yang paling mudah. Mira pandai lukis gambar orang kan? disekolah cikgu dah ajar bagaimana untuk melukis gambar orang.
Anak: "Mira dah pandai lukis gambar. Cikgu selalu puji. Lukisan Mira cantik."
Mak: "Ok. Mak nak tanya, adakah gambar yang mira lukis itu sama sifat dengan diri Mira.
Anak: "tentulah tak sama. itukan cuma lukisan. (sambil memasamkan muka
Mak: (Sambil tersenyum)"Begitulah Sifat Tuhan Yang maha Pencipta. Kalau Tuhan Boleh dilihat maknanya sama lah Dia dengan kita. Benda yang dicipta tidak boleh sama dengan orang yang mencipta.
Anak: "ooo... Sekarang baru Mira faham kenapa Tuhan itu wajib disembah.... Tuhan itu tetap ada walaupun kita tak nampak Dia tapi Dia kan tetap nampak kita..
Mak: "Alhamdulillah. Kita sebagai Orang Islam Wajib Percaya dan beriman dengan Tuhan kita iaitu Allah. tiada sekutu bagi-Nya, dan tiada sesutau apapun yang sama dengan sifat-Nya.
--------------------------------------------------------------
kita mesti pernah berhadapan dengan situasi ini.... apakah persiapan kita dalam mengajar Tauhid kepada anak2.
Posted at 03:26 pm by noorhayati
apa-apa aje
Thursday, April 05, 2007
Gerakan Masuniah atau `Freemasonry' atau Illuminati ialah satu gerakan sulit yg menggelarkan diri mereka dengan `free builders' (pembangun bebas) yg mendakwa tidak terikat dengan mana-mana ikatan (pihak) kecuali sesama freemasons.
Freemasonry ditubuhkan secara rasmi oleh tokoh Yahudi, Adam Wishaupt di Kota London, 1717. Ia kemudian diperkuat oleh Albert Pike , seorang general Amerika (1809-1891). Intisari gerakan Freemason ialah: 1. menghapus semua agama, 2. menghapus sistem keluarga 3. mengkucarkacirkan sistem politik dunia Hasil drpd gerakan ini telah mencetuskan tiga perang dunia, tiga revolusi (termasuk revolusi Perancis), melahirkan tiga gerakan utama (Zionisme, Komunisme, dan Nazisme) Yang mana lebih dulu ujud Freemason atau Zionisme..jawablah, yg mana lebih dahulu ujud, telor atau ayam.. Platform Freemason di Malaysia? Ia bergerak di atas platform: a) Freemason Lodge yg turut dianggotai oleh anak seorang tokoh politik terkemuka tempatan b) Rotary Club, yg ditubuhkan di Chicago, USA pada tahun 1905 c) Lions Club, yg ditubuhkan di New York pada thun 1951
Ketiga-tiga club ini terutamanya Rotary dan Lions serta Lioness Clubs telah menubuhkan beratus-ratus club dan cawangan serta chapter di Malaysia yg dianggotai oleh Raja-raja, pemimpin2 negara, MP, ADUN dan tokoh-tokoh masyarakat serta korporat.
Freemason ditubuhkan di London pada 1717, manakala Zionisme ditubuhkan secara resmi pada tahun 1884 di Russia. Kongres pertama Zionis International telah diadakan pada tahun 1897 di Basle Swiss, yg dicetuskan dan dirancang oleh tokoh-tokoh Freemason. Hasil persidangan ini keluarlah 24 protokol rahsia yg dikenali dengan `protocols of the Elders of Zions'. Apakah itu Zionis? Zionis ialah seorang Yahudi yg telah memilih utk kembali menetap di palestin khususnya disekitar Bukit Zion di Jurusalem; ia juga bermaksud orang Yahudi yg membuat sumbangan material atau moral terhadap keujudan negara Israel di Zion.
Di sinilah Zionisme dan Freemasonry saling berkait dan overlap.
Posted at 05:46 pm by noorhayati
apa-apa aje
Assalamualaikum. Peringatan untuk semua, umat islam kini diancam bahaya dari kafir laknatullah. Wallahualam.
TO ALL MY MUSLIM FRIENDS ... EVERY ONE MUST READ AND UNDERSTAND WHAT'S GOING ON IN THIS WORLD? KEPADA SEUDARA MUSLIM.. SEMUA MESTI FAHAM APAKAH APA YANG SEDANG BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI..
This book was introduced into the London book market for 5 days before it was withdrawn due to fear of harassment and discrimination against Hindus in the arab world. The source of this information comes from the U.A.E Buku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ia ditarik balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan gangguan dan diskriminasi orang Hindu di dunia Arab. Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.E
Sharjah broadcasting Channel presented by Ra'ad Aman and the program name, "Foreign writings". Penerbitan Siaran Sharjah disampaikan oleh Ra'ad dan proram bernama "Penulisan Luar".
Book Title : "All Hindus Wake up" Buku Berjudul : "Semua Hindu Bangunlah"
Subheading : "The protocols for Hindu leaders" Tajuk kecil : "Protkol Ketua Hindu"
The Author : Dr.R. Singh Pengarang : Dr. R. Singh
These are 13 of the protocols mentioned : Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan:
1. Hindus must consider the state of Israel as its most friendly ally due to its negative attitude towards muslims. 1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.
2. Spread Sinful acts and values within muslim communities. 2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.
3. Hindu temples must be built in all places possible and to be visited every day. Also the statue of "Ram" (their god name) to be placed in the work place. 3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di tempat kerja.
4. Regular meetings are to be held to plan ways in working against islam. 4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan menentang Islam
5. Distribution of drugs and prostitution to be carried out within muslim countries and communities. 5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan komunitinya.
6. Sexual relationships with muslim women is encouraged to ensure the production of Hindu babies within muslim communities. 6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka.
7. If you are a pharmacist or doctor, try at all costs to enduce congenital defects in the foetus. 7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya untuk mencacatkan janin.
8. If you are a nurse or doctor, whisper "Ohm" into the new-born's ear. like what we say azan) 8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak yang baru lahir (sepertimana azan orang islam)
9. Try to spoil or damage goods in muslim shops if you are employed by them. 9. Cuba rosakkan bekalan makanan dalam kedai orang Islam sekiranya anda bekerja dengan orang Islam.
10. Become their friends, gain their trust and stab them in the back. 10. Jadilah sahabat mereka, dapatkan kepercayaan dan kemudian khianatilah mereka.
11. Turn others against them. 11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.
12. If you work in their homes, try to influence their children or wives way of thinking. 12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi anak2 dan isteri mereka cara mereka berfikir.
13. Wear a black string around your wrist. 13. Pakailah tali hitam di pergelangan tangan anda.
May you please send this to as many Muslims as you can, it is your duty as a muslim. TOLONG SEBARKAN KEPADA SERAMAI MUNGKIN ORANG ISLAM.
DR. MOHD ANIS BIN HARON @ HARUN Medical Practice Division 20th-21st Floor, Bangunan PE RKIM Jalan Ipoh , 51200 K. Lumpur Tel: 40457725 Fax: 40457740 --------------------------------------------------------
bangkitlah wahai umatku........
Posted at 05:30 pm by noorhayati
apa-apa aje
Monday, April 02, 2007
Dajjal,Yahudi, Freemason, Pokemon, Teletubbies
KETIKA perang Vietnam dengan Amerika, beberapa anggota tentera Amerika telah ditahan oleh pihak komunis. Hairannya anggota tentera Amerika yang ditahan oleh komunis ini berpaling tadah sehingga berani menyiarkan fahaman komunis di frekuensi radio yang ditujukan kepada tentera Amerika lain. Mengikut kajian para psikologis, mereka yang ditahan telah diprogramkan (brain wash) dan salah satu cara paling berkesan yang digunakan komunis ialah cara mengulang-ulangkan pemahaman mereka kepada tentera tadi. Maknanya apabila mendengar sesuatu berulangkali, seseorang itu akhirnya akan yakin dengan sesuatu perkara tersebut. Kaedah tersebut sama banyak dengan kaedah psikologi hipnotisme lain yang digunakan oleh musuh-musuh Islam dalam medan media untuk menerapkan fahaman dan nilai-nilai keji mereka. Sesuatu perkara baru yang sensitif dianggap aneh atau taboo akan akhirnya menjadi perkara biasa dan masyarakat akan menjadi lali jika berulang kali didengar atau dipaparkan. Kaedah repetitive hypnotism ini sangat berkesan. Contohnya, homoseksual menjadi kebanggaan malah diberi hak berkelakuan tidak senonoh dan dilindungi oleh undang-undang sekular, hasil propaganda repetitive media.
Dalam ajaran islam, Allah dan rasulnya menggunakan kaedah repetitive brain wash ini. Kita sembahyang lima kali sehari, membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat, Al-Quran disarankan dibaca selalu. Justeru, kita tahu bahawa seseorang yang telah menerima bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad sebagai penyampai mesej Allah dan menjadi ikutan hidupnya, akan dibersihkan otaknya (brain wash) dari segala akidah yang salah, pemahaman yang karut dan segala sifat yang keji. Diterapkan akidah yang benar bersifat mulia dengan mengerjakan ibadah yang bersifat repetitive tersebut.
Kini, adik-adik dan pemuda pemudi Islam terdedah dengan hypnotism yang diselitkan dalam rancangan kartun Pokemon sehingga mufti-mufti ditanah Arab membawa fatwa mengharamkan Pokemon. Individu yang tidak peka dengan kejatuhan akidah dan akhlak umat akan berkata "Apa sangat nak dihebohkan dengan perkara kecil simbol-simbol benda kartun ni?"
Pengharaman kad mainan Pokemonini wajar dilakukan kerana kad tersebut mengandungi antaranya simbol-simbol Kristian dan salib. Muslimin sekalian, jangan pandang remeh bahaya Pokemon ini kerana dalam masa berhibur, anak-anak yang menonton kartun ini dipukau dan diracun mindanya dengan sedikit demi sedikit ajaran-ajaran keji. Dipukau dengan aksi-aksi hebat penyelamat-penyelamat dunia yang menggunakan simbol logo-logo Zionis, Freemason dan Christianity.
Sedikit demi sedikit generasi akan datang, akan akhirnya menjadi pengikut dan askar-askar Dajjal! Perlu diingat, kaedah tipu helah syaitan yang popular ialah mencampur-adukkan banyak benda baik dengan sedikit benda buruk supaya tidak ketara kita ini disesatkan dan ditipu hidup-hidup. Contohnya, berjuta manusia terpedaya dengan ramah-tamah, baik budi pemurah Mother Theresa, mencampur adukkan kebaikan membantu fakir miskin dengan keburukan Trinity menyembah Bapa Tuhan, Anak dan 'holy spirit' menggantikan Allah yang Esa.
Apa sebenarnya aktiviti dan pengaruh 'Freemason' yang dikaitkan dengan kedatangan Dajjal tidak lama lagi? Maklumat terperinci kedatangan Freemason sebagai tentera Dajjal banyak diriwayat dalam hadith. Kedatangan Dajjal tidak dijelaskan terperinci dalam Al-Quran sebab itu golongan anti hadith tidak akan ada perisai menangani tipu helah Dajjal
Secara ringkasnya, Freemason adalah pertubuhan rahsia bawah tanah golongan elit dunia yang juga adalah penyembah syaitan. Dahulunya mereka ini terpaksa lari mencari tempat perlindungan kerana diburu kerajaan Kristian Eropah kerana dianggap murtad mengamal sihir dan menyembah syaitan. Tetapi mereka ini berjaya mendapat pengaruh politik beberapa kerajaan Eropah dan akhirnya menerajui pucuk pimpinan (secara rahsia) kerajaan-kerajaan Eropah bermula dengan Scotland, zaman Robert The Bruce, England dan France.
Pengaruh Freemason amatlah besar dalam sejarah dunia dari dahulu hingga kini. Contohnya mereka yang bertanggungjawab meletuskan Revolusi Perancis dalam kurun ke-18 dan Perang Teluk beberapa tahun lalu. Fakta ini dibuktikan dari logo tiga segi Triangle Freemason yang kemudiannya dicetak di belakang duit kertas $1 Amerika. Di bawah logo ini tertulis ayat Latin 'NOVUS ORDO SECLORUM' yang bermaksud 'The new secular order', iaitu askar-askar Freemason sekarang ini sedang dan telah lama bekerja membina dunia baru yang sepenuhnya sekular yakni memisahkan agama dari setiap aktiviti manusia sejagat. Mereka membina dunia sekular dengan kekejian seks, jenayah, dadah dan muzik. Ini digambarkan dengan logo piramid. Kalau diperhatikan, piramid ini belum lengkap, puncaknya masih terawang-awang tidak dicantum lagi.
Proses melengkapkan piramid ini tiba dengan kedatangan tuhan mereka bermata satu yang dinamakan 'Ra' atau 'Ray'. Masa kedatangannya adalah bila Tuhan mereka ini telah puas dengan hasil kerja pekerjanya. Sejarah perjuangan keji golongan penyembah syaitan ini bermula dari zaman ahli sihir Firaun lagi. Puncak tiga segi yang di atas itu dilukis dengan hanya dua dimensi, bukan tiga dimensi seperti piramid sebab kalau ada satu sahaja mata, pandangan; kita akan hanya ada dua dimensi.
Apabila matlamat mereka tercapai, di mana manusia sejagat telah tidak lagi menyembah Tuhan yang Esa tetapi menyembah hawa nafsu dan kehidupan duniawi maka secara automatik kedatangan 'Ra' atau Dajal akan disembah sebagai tuhan. Ini kerana siapa yang mengikut Dajjal akan menjadi mewah dan siapa yang menentangnya akan sengsara.
Dia mengaku sebagai tuhan mampu memberi dan menyekat rezeki, dan dikurnia Allah berbagai-bagai keistimewaan sebagai ujian.
Pada zaman ini, di mana sahaja anda berada baik di Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom atau Malaysia, setiap yang kita dengar dari media, lihat, tonton, baca semuanya telah dipengaruhi Freemason. Mereka ini telah berkerja keras menyesatkan masyarakat sehingga mempengaruhi minda kita sejak peringkat bayi lagi.
Saya ingin menyentuh rancangan Teletubbies, rancangan untuk bayi memaparkan watak-watak boneka Tinky-Winky, Dipsy, La la, Po yang comel-lote. Rancangan ini sangat popular sehingga patung teletubbies laris menjelang Krismas dua tiga tahun lepas.
Beberapa bulan kemudian televisyen dan akhbar tempatan United Kingdom membawa berita bahawa hasil kajian mendapati bayi sedunia sebenarnya bertutur bahasa bayi yang sama. Pada permulaan rancangan tersebut bayi-bayi kecil dan kanak-kanak yang menonton dapat melihat hero seorang bayi menyerupai matahari terbit menyinari alam. Sambil matahari ini terbit mimik muka bayi comel tersebut menunjukkan wajah bengis, seolah-olah dirinya yang autoriti di alam penuh warna warni dan sekelip mata (dalam suku saat) logo Freemason dipancarkan. Cuba tenung betul-betul tanpa mengelip mata pada bayi matahari di permulaan rancangan Teletubbies tersebut.
Kaedah flashing image ini telah lama digunakan dalam media perfileman untuk membawa maksud tersirat (subliminal message). Imej tersebut biasanya tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana dikelipkan dengan pantas. Menurut kajian, otak manusia dapat menangkap imej dan mesej tersebut tanpa disedari.
Contohnya kadangkala bulu roma tengkok naik scram semasa menonton filem sebab banyak diselitkan 'flasing images' makhluk hodoh scram. Dalam rancangan Teletubbies tersebut, setiap kali bayi matahari ini muncul akan ada perkara ajaib yang berlaku di kaca televisyen. Macam cerita Dajjal, beliau mengaku tuhan dan ada banyak perkara ajaib.
Keberkesanan mempengaruhi manusia dari peringkat bayi ini mungkin tidak sebesar mana tetapi Islam melalui sunnah Nabi mengajar kita azankan di telinga kanan dan iqamahkan di telinga kiri beberapa saat lahirnya bayi ke dunia. Ekoran daripada itulah Allah menyuruh kita tundukkan pandangan, selamatkan diri dari melihat papan tanda lucah merata-rata yang sudah jelas dikuasai syaitan bertopengkan syarikat pengiklanan di seluruh dunia.
Sebagai tanda kebangaan mereka menguasai dunia, mereka asyik selitkan logo Dajjal mata satu dimerata-rata. Contohnya: 1. Logo Channel Television America CBS 2. Logo 'ICON' a Film producing company 3. Siaran TV 'Star in their eyes'. Star diletakkan di posisi mata diatas pyramid lambang Freemason. 4. Siaran Quiz kanak-kanak 'Inside Out' memaparkan seorang all-knowing professor yang memberi jawapan kepada soalan sukar bersemayam di atas pentas bermata satu. 5.Filem kartun Monster...ala makhluk hijau mata satu tu 6. Carik sendiri yang lain-lain
The fact that they will always show their one eyed sign on anything that they show is a rahmah upon the Muslim from Allah because every muslim can see the word "kaf fa ra" Kafir on the forhead of the Dajjal when he comes.
--------------------------------------------------------------------------
http://www.fsktm.upm.edu.my/~hakim/jihad/dajjal.html
Posted at 05:09 pm by noorhayati
apa-apa aje
Tuesday, March 20, 2007
assalamualaikum......
telah lama tidak menulis..... lantaran kesibukan tugas sebagai guru...ada satu cerita yang nak dikongsi bersama.. sewaktu pulang ke kampung di negeri sembilan, ayahanda mengeluh kerana kereta volvo versi paling lamanya sering rosak... apabila rosak tidak dapatlah pergi belajar di pondok rasah dengan guru yang tercinta Sheikh Mohd. Faiz dan Sheikh Muhamad Murtadza..... nak tumpang kereta orang almaklumlah... bukan semua orang suka tumpangkan kereta... lalu apabila dia mengeluh begitu naluri seorang anak pun tersentuh dan berusaha pula mencari kereta secondhand. dapat kenari pun cukuplah..... namun begitu apabila berbincang dengan suami tercinta... suami menasihatkan agar beli saja kereta baru kerana risiko kerosakan sangat sedikit. lalu dia pun pergi ke perodua sales untuk melihat kereta jenama baru... kebetulan myvi special edition pula akan dilancarkan..apabila dia pulang dan menunjukkan brosur myvi se terus saya bersetuju untuk membeli myvi se... adik beradik pun berpakat sama... untuk belikan abah kereta myvi se, alhamdulillah segala urusan dimudahkan Allah, segalanya diluar perancangan asal... sebab saya xnak beli lagi kereta baru.... tapi perancangan Allah itu lebih sempurna.... saya membeli myvi se berwarna putih.....
Posted at 01:01 pm by noorhayati
apa-apa aje
Wednesday, January 24, 2007
Banjir Di Johor Dan hikmah disebaliknya....
Tidak mengapalah jika diri ini belum merasai pengalaman berjalan sambil dihujani sajli. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin juga salji yang turun tidak seindah bayangan di minda ini. Semua dah sedia maklum dengan keganjilan cuaca dunia sekarang. Banjir terutamanya melanda beberapa negara dunia(sekadar pengetahuan penulis), United Kingdom, Sri Lanka dan tidak terkecuali negara tercinta Malaysia.
Bagi penulis yang hanya dapat mengikuti perkembangan melalui internet, rasa terkedu yang amat bila mendapati akhbar Utusan Online memuatkan hampir keseluruhan bahagian muka hadapan hari ini dengan berita banjir di Johor.Rupanya, tanggapan penulis yang banjir di Johor akan reda dalam dua tiga hari ni meleset sama sekali.Dalam pada itu, penulis sedari, tiada satu sumbangan dari segi fizikal dan kewangan yang mampu penulis sumbangkan. Mungkin hanya doa yang mampu diberi(kata-kata sebegini selalu kita dengar.Tapi memang betul, tiada apa yang mampu disumbang).
Oh ya..Asyik berceloteh, lupa pula dengan tajuk diatas.Apa kaitannya antara ketiga-tiga subjek tersebut? Bagi mereka yang belajar Critical Thinking pasti dapat menekanya. Terus kepada point utama penulis. Tulisan kali ini sebenarnya adalah untuk menyatakan rasa sedih penulis atas sikap masyarakat kita yang selalu hilang fokus.Penulis sekadar memerhati dan mengutarakan pandangan.
Lihat saja dalam rapat umum. Berapa kali kita mahu buat tunjuk perasaan, perhimpunan awam atau apa-apa saja nama yang mahu diberi? Kalau tak silap penulis, tunjuk perasaan yang diadakan di tol Plaza Gombak semalam adalah yang ketiga selepas yang dua sebelumnya(1 Jan dan 7 Jan). Penulis tak mengatakan yang isu tol dan kebajikan rakyat perlu dilupakan begitu sahaja.Tapi, fikir-fikirkan lah. Kan elok jika wang perbelanjaan untuk mengadakan rapat itu, wang untuk menghadiri rapat itu disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan disaat mereka memang memerlukan. Kan elok jika beratus-ratus anggota polis FRU yang turut sama di Plaza Tol Gombak yang sememangnya tiada banyak kerja dikerah ke Johor untuk membantu mangsa-mangsa.
Satu lagi perkara yang ingin penulis bangkitkan walaupun ianya tiada kaitan dengan banjir dan nasib rakyat Johor. Ingin penulis bertanya kepada insan-insan yang menghadiri rapat-rapat umum tersebut. Setakat mana rapat umum yang dilakukan memberi kesan? Perlu ke ia dianjurkan berkali-kali sedang dalam masa yang sama tiada perubahan yang berlaku?Penulis bukan la orang yang mudah berputus asa. Bak kata Dr M, masa depan tidak menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah berputus asa. Tapi, apabila langkah yang kita ambil tidak berapa kena, penulis takkan sesekali bersetuju. Mungkin ada cara lain untuk kita selesaikan masalah rakyat ini.
Kembali kita kepada topik asal.Terus kita ke subjek pilihan raya kecil(PRK) N.06 DUN Batu Talam. Secara peribadi, penulis bersetuju dengan keputusan BA untuk tidak bertanding di DUN tersebut. Bukan sahaja kerana masalah dalam SPR, tapi penarikan diri oleh BA akan memungkinkan tiada pertandingan di Batu Talam. Itulah yang sebaiknya pada pandangan penulis. Bukan kita tak tahu, apa yang berlaku pada sesuatu kawasan bila ada PRK. Penulis pernah merasainya kira-kira 2 tahun lepas di tengah-tengah PRK DUN Kuala Berang. Belum pun tiba hari penamaan calon, suasananya mengalahkan hari pengundian PRU. Tak kira kerajaan, tak kira pembangkang, semua pemimpin dari atas hingga bawah akan turun padang.Dengan tiadanya pertandingan di Batu Talam, harapnya tidaklah semua jentera parti politik akan dikerah ke Batu Talam hanya semata-mata untuk mempertahankan maruah politik mereka.
Bagi penulis, lebih baik jika jentara parti politik, tak kira pembangkang, tak kira kerajaan dikerah ke Johor bersama-sama dengan jutaan wang peruntukan untuk PRK itu.Memang betul, parti-parti politik ada mengerahkan jentera mereka kesana.Tapi, mungkin jumlah mereka tak signifikan hinggakan Dato' Shahrizat terpaksa membuat kenyataan menyarankan bekas-bekas pelatih PLKN datang ke Johor untuk membantu mangsa banjir. Penulis tak mengatakan kenyataan itu salah, tapi mungkin tak kena tempat.Kenyataan itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej negara jika tersebar diluar negara. Bagi penulis, ianya membolehkan orang luar mempertikaikan kemampuan Polis, Tentera dan unit-unit keselamatan/bencana alam lain. Tapi, dalam keadaan yang semakin meruncing, apalah sangat ada pada imej. Nasib mangsa banjir lebih penting.
Banyak yang dapat kita pelajari dan teladani dari banjir di Johor ini.Mungkin kita perlu lebih belajar perkara apa yang perlu diutamakan dan perkara apa yang perlu dikebelakangkan.Bagi muslim, boleh la membaca buku Fiqh Keutamaan karangan Syeikh Yusof Qardawi untuk mengetahui peri pentingnya kita mengutamakan apa yang perlu diutamakan tak kira dalam perkara yang berkaitan dengan dunia atau yang berkaitan dengan agama.
Sekian Wasallam.
- PauhFC - 15.01.2007
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_pauhfc02.html
Posted at 03:33 pm by noorhayati
apa-apa aje
Friday, October 06, 2006
PEMIKIR HINDU MINTA PELUK ISLAM
SEorang pakar agama hindu dari Universiti Alahabad menulis dan menerbitkan buku berjudul Kalki Utar yang bererti Pembimbing Agung. Tulisan beliau dalam buku berkenaan jelas menyeru penganut-penganut agama Hindu memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian Hindu yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dikatakan Kalki Utar.
Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh paderi agama Hindu. Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau membuktikan ciri-ciri Kalki Utar yang terdapat dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.
Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Utar akan muncul di sebuah pulau ( di dalam mana-mana kitab sejarah Arab/Islam dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau Arab), bapanya bernama Vishnu Yehkat ibunya bernama Surmanab.
Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti Tuhan dan Yehkat bermaksud hamba jadi Vishnu Yehkat bererti Hamba Tuhan dalam bahasa Arab Abdullah.
Adapun Sumanab dalam bahasa Sanskrit membawa erti aman dan terjemahannya dalam bahasa Arab Aminah. Semua dunia tahu bapa Nabi Muhammad Abdullah dan ibunya Aminah.
Tambah beliau lagi di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Utar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi Jibril a.s. di Gua Hirak yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.
Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan bahawa Tuhan telah menganugerahkan kepada Kalki Utar kuda terpantas mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit, ini sebenar merujuk kembali kepada peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah s.a.w., menunggangi Buraq sejenis haiwan dari syurga.
(Artikel ini dipetik dari majalah Haluan yang memetik dari RISALAH- IKHWAN bil 79 Jumaat 9 Syawal 1418 bersamaan 6 Feb 1998)
Posted at 04:29 pm by noorhayati
apa-apa aje
Monday, October 02, 2006
warna dan kehidupan..............
warna dan kehidupan................
apakah kaitan warna dalam kehidupan kita?????? Disini saya akan cuba mengupas mengenai warna dalam beberapa aspek dan kewajaran kita memilih warna yang sesuai di dalam kehidupan kita dan menghindari warna yang tertentu... semuanya ada sebab dan musabbabnya...
Susunan Warna Mengikut Warna Pelangi
Merah: Merah ialah lapisan pelangi yang paling atas selalunya orang mengaitkan merah itu dengan kepanasan, kegarangan, kemarahan, darah...
Jingga: Jingga ialah lapisan pelangi di bawah lapisan merah..... juga orang mengaitkan dengan kepanasan, kemarahan....
Kuning: Kuning pun begitu jua.......
orang yang suka kepada warna Merah, Jingga dan Kuning biasanya mereka ini seorang yang panas baran, mudah marah, pembengis, bersifat terburu-buru di dalam membuat sebarang keputusan... mudah sekali diserang sakit migrain.... emosi mereka pula tidak terkawal....
hijau: Hijau pula sering dikaitkan dengan warna alam.....
Indigo: sama seperti biru
Biru: Biru juga sering dikaitkan dengan warna alami( laut)......
Ungu: Ungu pula lapisan yang paling bawah dalam susunan warna pelangi.....

Orang yang menyukai warna ungu, biru dan hijau pula sifat nya berlawanan dengan orang yang menyukai warna merah, kuning dan jingga... mereka yang menyukai warna ungu, biru dan hijau suka kepada ketenangan,, tidak suka kepada suasana yang terdesak, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan dan tidak mudah kalah dengan keadaan.... mereka jarang dihinggapi penyakit... mereka mempunyai emosi yang stabil...
Susunan Warna Mengikut Lapisan Api
Sama ada sedar atau pun tidak lapisan warna pada satu nyalaan api sama seperti susunan warna pelangi.(masih terbuka kepada kajian dan pandangan)........
Pada bahagian ini saya mahu mengaitkan warna api dengan penciptaan jin dan syaitan... serta aura yang terdapat pada setiap warna....serta mengapa jin menjadi kuat yang luar biasa pada waktu malam.....
Lapisan api yang dibawah sekali ialah bewarna ungu. Lapisan ini adalah sangat sedikit sehingga hampir tidak kelihatan. Lapisan kedua ialah berwarna biru. Dan lapisan api yang ketiga ialah yang bewarna hijau. Lapisan yang berwarna hijau juga hampir tidak kelihatan pada nyalaan api biasa. Ia boleh dilihat pada nyalaan tertentu. Lapisn api yang seterusnya ialah lapisan api yang berwarna kuning, jingga dan merah seterusnya jelaga yang berwarna hitam. Lapisan api yang berwarna Hijau, Biru dan Ungu adalah lapisan api yang paling panas sekali.... dalam sains fizik, nyalaan lengkap sesuatu nyalaan api ialah apiyang berwarna biru...
kini saya ingin mengaitkan api dengan penciptaan jin di dalam al-quran....
Surah Ar-Rahman ayat 15 : Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )... dari api yang menyala-nyala yang bermaksud dari lapisan api yang berwarna kuning, jingga dan merah.....
4. Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah ).
Asal Kejadian Jin.
Keterangan "Al-Maarij " Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan. Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu. Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.(sumber dari http://pgx.sifoorian.com/v6/modules.php?name=News&new_topic=4).
dengan sedikit info ini saya terangkan sedikit aura yang terdapat pada warna yang tertentu...
|
Tenaga Cahaya Warna |
|
Cahaya dan warna adalah sebahagian daripada spektrum elektromagnetik yang peka pada mata manusia dan juga merupakan sebahagian daripada spektra tenaga yang membolehkan kehidupan di bumi berterusan.
Secara ringkasnya, cahaya berbeza dari segi warna berpandukan ukuran ukuran dan jarak gelombang. Warna yang terpancar bermula dari gelombang jarak jauh ukuran rendah sehingga gelombang jarak pendek ukuran tinggi.
Cahaya putih adalah campuran daripada beberapa banyak jenis gelombang warna dan apabila melintasi prisma akan terpecah kepada warna-warna pelangi. Ini adalah kerana setiap gelombang itu diserap dari sudut yang berlainan.
Cahaya ungu gelombang jarak dekat berukuran tinggi dan indigo adalah warna sejuk. Ia merupakan warna yang mempunyai daya getaran yang amat pantas. Dengan daya penerapan yang berpotensi tinggi, warna-warna ini mempunyai keupayaan untuk mengawal aktiviti otak dan sistem saraf.
Ukuran rendah gelombang jarak jauh infra merah, merah dan jingga adalah warna bumi yang panas yang mengawal getaran tahap bawahan.
Setiap elemen kimia dan benda-benda di dunia ini mempunyai ciri-ciri rajah tenaga warnanya tersendiri dan berkaitan dengan frekuensi warna yang diperlukan untuk menyeimbangkan tenaga aliran tubuh. | (sumber dari http://www.harmonisers.net/vibration/rujukan/tenagacahayaw.html) |
Posted at 03:27 pm by noorhayati
apa-apa aje
Wednesday, September 06, 2006
"Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.
Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?
Burung : Saya ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.
Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?
Burung : Saya tahu.
Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tak akan dapat memadamkan kebakaran itu?
Burung : Saya tahu wahai pemuda.
Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?
Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada saya nampak atau tidak kebakaran itu, saya akan jawab bahawa saya nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha saya untuk membantu. Lalu saya akan menjawab bahawa saya telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.
Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.
Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah sekadar yang kita mampu. Sekurang-kurangnya kita ada menyumbang bakti.
Posted at 05:00 pm by noorhayati
apa-apa aje
|